Friday, December 24, 2010

Happu Birthday Ain!!

Assalamualaikum..

Bangga betul dalam hati nih bila dapat buat kek yg sedap untuk anak kesayangan. Ni 1st time akak bakar dan makan kek lobak. Selama ni dok dengar nama je, tak pernah pulak terasa nak makan. Tapi bila tengok resepinya mudah dan cara pembuatannya pun ringkas jer.. akak pun cuba.

Bangga bila tengok ia naik cantik jer. Tapi bila makan tuh, terkejut gak dengan rasanya.. wahahaha.. mmg sedap!! patutla orang suka sangat.. lagi2 bila padankan dengan cream cheese.. lagi meletopp!! aduyai.. sampai anak2 asyik tanya bila mama nak buat kek lobak lagi..



Kek lobak nih akak campur dengan walnut dan kismis. Maklumlah, akak ni memang suka sangat dengan bijirin. Apa jenis kek pun, kalau agak-agak sesuai, sure akak akan campur dengan kismis atau kekacang yang sesuai.



1st time gak buat deko basketweave ni.. memang sah kena praktis lagi!!

Thursday, December 2, 2010

Selamat Hari Jadi!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, niat untuk buat kapkek di hari jadi mak akak tercapai. Walaupun ianya adalah majlis kejutan, sempat gak akak siapkan dalam masa kurang dari 4 jam. Akak memang sungguh2 nak buat sebab mak akak kata nak rasa kek perasa pandan lak. So bersungguh2 la akak menyiapkannya.

Memula tu rasa x yakin, yela cuma ada 4jam sebelum majlis. Akak dah frust, so buat jela puding karamel sebab ia mudah n sekejap je nak menyiapkannya. Tapi bila fikir balik, hajat mak akak dan dengan semangat yang masih bersisa (hahaha.. ayat x hengat!!) akak buat gak..



Ini puding karamel spesel untuk mak akak, ianya less sugar. Saja akak kurangkan sukatannya, supaya rasanya lebih lemak.Akak gandakan adunan pudingnya supaya lebih tebal. Maklumlah, keluarga akak ramai.. kalau buat 1 adunan je, takut ada yang x dapat rasa pulak. Alhamdulillah, dalam kalut2 buat.. ia jadi cantik dan kemas.



Lebar 6inci dan tebal 2inci. Puas menengoknya!! (puas tengok jer.. sbb dapat mkn sikit. hihhiihi)

Puding karamel

Assalamualaikum

Sebut pasal puding karamel, akak teringat sejarah memula akak nekad buat. Masa tu pregnen anak yg sulung, agak2 4thn dulula. P pasar kat shah alam, ternampak n belila sepotong.. Bila penjual tu kata "rm3.00 dik" uih!! terkojot baby dlm perut tuh.. Mak aii.. mahal ehh.. dahla masa tu akak cuma bawak rm1.00 jer.. tapi sbb dh kat tgn kan.. p la mintak kat hubby lagi rm2.00.. Esoknya kat ofis terus surf internet carik resepi.. hihihi.. kelakar betul bila teringat sejarah nih.. Surf tuh mmg masih hot la dek rm3.00 sepotong. Tapi membuatnya setahun lps tu kot.. hikhikhik.

La nih dh pndai dh buat, n anytime nk mkn pon buleh dh. Nk melantak byk mana pon xder hal punya. Terfikir gak, knp diorang jual mahal sangat ye? 4thn dulu, rm3.00 sepotong. Skrg ni bape pulak?? Dah lama akak x jalan2 kat pasar malam. Kawan2 kata harga ikut tempat. Ada rm3.00 n ada gak rm1.00 jer. Xtau pulak area mana tu.

Dah lama x buat, adik yg baru habis belajar tu sibuk minta resipi. Akak bagila, tapi macamana dia nak buat kat rumah, semua peralatan mengukus akak hangkut bawak balik. Since semua bahan ada, akak buatkanlah.. Cukup untuk buat 2 adunan. Dia pun datang amik satu n satu lagi akak makan anak beranak.Drive 40min utk amik 1 adunan..

Yang ni, adunan ke-3 untuk hari tuh. Hubby suh buat lagi, sebab x puas makan.Pukul 10.30malam dok mengukus. Tapi snap gambar selepas ia sejuk dan sebelum masuk ke dalam fridge. Waa.. nasibla anak dara bangun mintak susu.



Yang nih gambar bila dah sejukkkk sangat!! Hmm.. habis dah karamel di serap dek puding. Rasa nikmatnya.. Allah saja yang tahu.. hihihi.. 10min jer dah hilang dari pandangan.



Besar ni kalau jual rm3.00 sepotong, boleh dapat berapa rm yer..?? Tebal 1inci, diameter 6inci. Ada sesapa nk order x??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...