Thursday, December 2, 2010

Puding karamel

Assalamualaikum

Sebut pasal puding karamel, akak teringat sejarah memula akak nekad buat. Masa tu pregnen anak yg sulung, agak2 4thn dulula. P pasar kat shah alam, ternampak n belila sepotong.. Bila penjual tu kata "rm3.00 dik" uih!! terkojot baby dlm perut tuh.. Mak aii.. mahal ehh.. dahla masa tu akak cuma bawak rm1.00 jer.. tapi sbb dh kat tgn kan.. p la mintak kat hubby lagi rm2.00.. Esoknya kat ofis terus surf internet carik resepi.. hihihi.. kelakar betul bila teringat sejarah nih.. Surf tuh mmg masih hot la dek rm3.00 sepotong. Tapi membuatnya setahun lps tu kot.. hikhikhik.

La nih dh pndai dh buat, n anytime nk mkn pon buleh dh. Nk melantak byk mana pon xder hal punya. Terfikir gak, knp diorang jual mahal sangat ye? 4thn dulu, rm3.00 sepotong. Skrg ni bape pulak?? Dah lama akak x jalan2 kat pasar malam. Kawan2 kata harga ikut tempat. Ada rm3.00 n ada gak rm1.00 jer. Xtau pulak area mana tu.

Dah lama x buat, adik yg baru habis belajar tu sibuk minta resipi. Akak bagila, tapi macamana dia nak buat kat rumah, semua peralatan mengukus akak hangkut bawak balik. Since semua bahan ada, akak buatkanlah.. Cukup untuk buat 2 adunan. Dia pun datang amik satu n satu lagi akak makan anak beranak.Drive 40min utk amik 1 adunan..

Yang ni, adunan ke-3 untuk hari tuh. Hubby suh buat lagi, sebab x puas makan.Pukul 10.30malam dok mengukus. Tapi snap gambar selepas ia sejuk dan sebelum masuk ke dalam fridge. Waa.. nasibla anak dara bangun mintak susu.



Yang nih gambar bila dah sejukkkk sangat!! Hmm.. habis dah karamel di serap dek puding. Rasa nikmatnya.. Allah saja yang tahu.. hihihi.. 10min jer dah hilang dari pandangan.



Besar ni kalau jual rm3.00 sepotong, boleh dapat berapa rm yer..?? Tebal 1inci, diameter 6inci. Ada sesapa nk order x??

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...